Pengenalan Kepada Unjuran Ortografik
ORTOGRAFIK
- Unjuran ortografik merupakan satu sistem yang digunakan dalam bidang kejuruteraan untuk menerangkan bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa peralatan kejuruteraan.
- Ia adalah merupakan sistem banyak pandangan dimana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.
Konsep Asas Unjuran Ortografik
- Konsep asas unjuran ortografik akan dapat difahami dengan bantuan aktiviti berikut:- Bayangkan anda memerhatikan bongkah dadu di bawah daripada arah pandangan A. Bahagian permukaan dadu yang dapat dilihat adalah bernombor 2.
- Pemerhatian bongkah dadu tersebut daripada arah pandangan B pula membolehkan kita melihat permukaan yang bernombor 6.
- Apabila arah pandangan dialihkan kepada C, permukaan dadu yang kelihatan pula ialah 3.
Rajah 1: Pelbagai arah pandangan terhadap permukaan dadu
- Apabila memerhatikan sesuatu objek, pastinya kita dapat melihat bentuk objek tersebut dalam pelbagai pandangan sama ada dari atas, sisi atau hadapan.
- Setiap pandangan akan mendapat gambaran bentuk yang berbeza walaupun mewakili objek yang sama. Oleh itu, unjuran ortografik cuba melukiskan ketiga-tiga pandangan asas ini bersama bagi menjelaskan rupa bentuk sebenar sesuatu objek.
Rajah 1:Unjuran ortografik permukaan dadu
- Tiga arah pandangan yang utama dalam unjuran ortografik ialah pandangan hadapan, pandangan pelan dan juga pandangan sisi.
Definisi Ortografik
- Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah – satah yang biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain.
Tujuan Lukisan Ortografik
- Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi.
Kepentingan Lukisan Ortografik
- Penggunaan unjuran ini amat meluas sekali terutama dalam topik lukisan keratan,lukisan mesin dan lukisan pemasangan.
Melukis Unjuran Ortografik
a. Membina unjuran ortografik asas (permukaan rata).
b. Membina unjuran ortografik melibatkan permukaan condong dan garisan tersembunyi.
c. Membina unjuran ortografik melibatkan permukaan lengkuk atau bulatan.
Nota Tambahan
UNJURAN SUDUT KETIGA
- Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Kini penggunaannya telah meluas di serata dunia.
- Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah-olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C.
- Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti rajah di bawah.
Rajah 4: SIimbol unjuran sudut ketiga

Rajah 1.1 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga
UNJURAN SUDUT KETIGA
CARA - CARA MELUKIS SUDUT UNJURAN KETIGA
1) Sediakan alat tulis yang berkaitan untuk melukis seperti pembaris, pensil, pemadam dan kertas.
2) Lukiskan sudut unjuran ketiga daripada apa yang telah dilihat dari gambar rajah.
3) Tentukan sudut 45 darjah berdasarkan arah pandangan objek.
4) Lukis pandangan hadapan objek bertentangan dengan sudut 45 darjah berdasarkan arah pandangan soalan gambar rajah.
5) Unjurkan arah pandangan hadapan ke arah kanan beradasarkan bucu-bucu dari lukisan pandangan hadapan. Unjurkan juga keatas untuk melukis pelan.
6) Lukis pandangan sisi objek berdasarkan ukuran sebenar.
7) Unjurkan bucu pandangan sisi keatas.
8) Lukis pelan dari pandangan atas objek.
9) Selepas itu, label pandangan pelan/atas, sisi dan hadapan.
Gambar Rajah 1
Lukisan Unjuran Sudut Ketiga yang telah dihasilkan dari Gambar Rajah 1
Nota Tambahan
Nota Tambahan
J1001 - Unit 4 from mechestud
No comments:
Post a Comment